• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RoS Sedang Teliti Perlembagaan Putra

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sedang meneliti perlembagaan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebelum meluluskan pendaftarannya, kata Presiden Penaja Putra Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata semua prosedur operasi standard (SOP) bagi pendaftaran Putra telah dipenuhi dan RoS sedang meneliti perlembagaan parti itu bagi memastikan tidak timbul bantahan daripada anggota parti pada masa akan datang.

“RoS akan panggil semula (jawatankuasa penaja) dalam dua ke tiga hari lagi untuk mengemas kini dan membuat pembetulan (pada perlembagaan),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan RoS.

Ibrahim dan beberapa anggota jawatankuasa penaja Putra hari ini bertemu dengan Ketua Pengarah RoS Masyati Abang Ibrahim di ibu pejabat RoS di sini, bagi membincangkan perkembangan permohonan pendaftaran parti tersebut, yang dimohon lebih dua bulan lepas.

Ditanya sama ada Putra akan bekerjasama dengan mana-mana parti lain selepas pendaftarannya diluluskan kelak, beliau berkata perkara itu hanya akan diputuskan pada mesyuarat agung pertama parti itu nanti.

Mengulas tindakan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bekas Anggota Parlimen Pasir Mas itu yang terkejut dengan keputusan itu berkata: “Saya ingatkan dia (Mustapa) orang terakhir yang akan meninggalkan UMNO sebab darah daging dia dengan jawatan yang dipegang selama ini ialah UMNO.”

Ibrahim bagaimanapun berkata penyertaan Mustapa yang lebih kenali sebagai Tok Pa ke dalam Bersatu tidak akan memberi impak yang besar kepada senario politik Kelantan.

Katanya Mustapa telah menerajui UMNO Kelantan dalam beberapa pilihan raya umum namun gagal menambah jumlah kerusi dimenangi parti tersebut di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Ibrahim AliROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

24/09/2026
0

PUTRAJAYA - Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu. Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd