• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Buka Peluang Pelajar IPT Sertai Program My Best Buy

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka peluang kepada para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menyertai program ‘My Best Buy’, bagi memupuk minat keusahawanan dalam kalangan mereka.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA Mansor Omar berkata melalui program itu, pelajar dapat mempraktikkan teori keusahawanan dan perladangan yang dipelajari termasuk mempelajari tentang cara berniaga serta berdepan dengan pelanggan.

Beliau berkata kebiasaannya, pelajar hanya berniaga di dalam kawasan pusat pengajian mereka, namun dengan menyertai My Best Buy, mereka dapat merasai suasana sebenar berniaga di luar.

Katanya untuk program perintis, 10 pelajar termasuk dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara serta Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga di Kedah terpilih menyertai program itu hari ini yang berlangsung di Kampus Uniciti Alam, UniMAP di Sungai Chuchuh dekat sini.

“Antara produk yang dijual pelajar ialah puyuh sejuk beku, baja kompos (organik), sayur-sayuran, makanan dan produk industri asas tani,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata FAMA Perlis akan mempromosikan empat jenis makanan popular negeri ini di Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) yang akan berlangsung pada 22 Nov hingga 2 Dis ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Mansor berkata empat makanan itu ialah masakan ikan keli dari Restoran Anjung Keli, udang sanggul, kuetiau goreng dan laksa Kuala Perlis. – BERNAMA

Tags: FAMApelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd