• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pusat Sedia 2 Pakej RM300 Juta Cegah Banjir Di Tawau

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kerajaan pusat memperuntukkan kira-kira RM300 juta bagi dua pakej pelaksanaan projek pencegahan banjir di Tawau, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, fasa pertama untuk pakej pertama projek melibatkan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, Lembangan Sungai Tawau bernilai RM50 juta yang akan dimulakan pada Jun 2019 dengan tender terbuka.

“Bagi projek ini antara kerja-kerja dilakukan ialah pelebaran tanah serta pengambilan tanah di tepi Sungai Tawau,” katanya selepas taklimat bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sempena lawatan kerja rasminya di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Xavier berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh termasuk dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah serta pihak berkuasa tempatan dalam mengatasi masalah berkaitan banjir dan air di negeri ini.

“Saya turut akan berbincang dengan Ketua Menteri Sabah mengenai dua isu besar di Sabah iaitu banjir serta masalah air,” katanya.

Dalam perkara berasingan, menurutnya Sabah perlu menumpukan penggunaan serta memanfaatkan sumber asli yang tidak menjejaskan alam sekitar.

“(Di peringkat kementerian) kita ada bincang (arang batu) tetapi kena lihat pada alam sekitar kerana di Sabah, kawasan arang batu ini ada di dalam kawasan hutan simpan dan hutan simpan ini penting untuk kita.

“Kita lebih suka sumber lain, Sabah juga dikurniakan sumber gas, perkara yang mengganggu alam sekitar kita tidak berapa setuju,” katanya ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan negeri untuk meneliti penggunaan rizab arang batu di Sabah.

Menurut Dr Xavier, Sabah terkenal dengan keindahan alamnya dan khazanah itu perlu dipertahankan untuk tatapan generasi seterusnya dan dunia, selain mampu menjana pendapatan sendiri. – BERNAMA

Tags: Banjirkerajaan pusat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd