• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kerjasama Antara BN Dengan Mustapa Di Dun Kelantan

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Penerangan UMNO Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata tiada sebarang kerjasama membabitkan Barisan Nasional (BN) dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang baharu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Md Alwi, yang juga Ketua Pembangkang DUN Kelantan berkata BN kekal menjadi pembangkang kepada Pakatan Harapan (PH) walaupun kedua-duanya berstatus pembangkang di negeri ini.

“Kita pembangkang kepada PH, tidak akan ada kerjasama pada saya. Tapi saya tak tahulah jika dia (Mustapa) nak bekerjasama dengan kerajaan negeri sebab di sana (Parlimen) dia kerajaan tapi di sini dia pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berhenti rehat di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Md Alwi berkata penyertaan Mustapa ke dalam Bersatu bukanlah satu kehilangan besar kepada BN Kelantan.

“Pemergian beliau adalah perkara biasa. Masalah kita, kita terlalu memberi gambaran seolah-olah Mustapa Mohamed ini adalah ikon dan segala-galanyanya, tetapi sebenarnya dia bukan.

“Macam saya katalah, ku sangkakan permata rupanya kaca…,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan lebih ramai anggota UMNO akan mengikut jejak langkah Mustapa menyertai Bersatu selepas ini, Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata setakat ini parti berkenaan masih utuh.

“Setakat ini tak ada cawangan dibubarkan walaupun kita dah kalah lima bulan. Anda pernah dengar ada cawangan UMNO dibubarkan di Malaysia atau ada ketua bahagian yang membubarkan bahagiannya?

“(Dengan keadaan semasa) apa yang menghalang mereka menyertai Bersatu sekarang? Ia jelas menunjukkan anggota UMNO masih utuh (dengan perjuangan parti),” katanya.

Jumaat lepas, Mustapa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Air Lanas menyertai Bersatu dan menyerahkan borang keanggotaannya kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Petaling Jaya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedDun Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamu Siapa Fahmi? Jangan celupar!

Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM

11/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Jumaat...

DUN Kelantan Pertahan Kuasa Negeri Gubal Kesalahan Hukum Syarak

DUN Kelantan Pertahan Kuasa Negeri Gubal Kesalahan Hukum Syarak

27/11/2023
0

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara mempertahankan kuasa dewan itu dalam menggubal kesalahan berkenaan hukum syarak termasuk Enakmen Kanun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd