• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Kelantan Pertahan Kuasa Negeri Gubal Kesalahan Hukum Syarak

oleh AK-47
27/11/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
DUN Kelantan Pertahan Kuasa Negeri Gubal Kesalahan Hukum Syarak
Share on FacebookShare on Twitter

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara mempertahankan kuasa dewan itu dalam menggubal kesalahan berkenaan hukum syarak termasuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 (Enakmen 14), hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Usul berkenaan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor Wan Rohaimi Wan Daud dan dipersetujui sebulat suara tanpa bahas di di hadapan Speaker Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Persetujuan 11 negeri ini membentuk Persekutuan Malaysia, hasil perundingan yang panjang dan kompleks dengan penjajah British, telah membolehkan Islam berdiri sebagai Agama kepada Persekutuan melalui Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Hasil kompromi ini, 11 negeri-negeri berdaulat, khususnya sembilan negeri-negeri Melayu yang menjunjung takhta dan kedaulatan Sultan dan Raja-Rajanya yang menjadi tuan punya kepada Agama, melahirkan kompromi kuasa dalam membentuk perlembagaan negara. Dengan sebab itulah muncul dua senarai kuasa antara negeri-negeri dan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Wan Rohaimi berkata keadaan itu mewujudkan Jadual Kesembilan mengandungi senarai negeri, senarai Persekutuan dan senarai bersama serta kompromi yang dipersetujui, membolehkan orang Islam menerusi bidang kuasa negeri mentadbir hal ehwal agama penganutnya berdasarkan perundangan syariah.

“Atas kefahaman dan kompromi dan menjadi posisi undang-undang terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengiktiraf kuasa DUN dalam menggubal kesalahan-kesalahan syariah sebagaimana yang termaktub dalam senarai negeri.

“Posisi inilah yang memberikan kuasa untuk Enakmen Syariah berjalan secara serentak, cuma enakmen ini hanya terpakai kepada orang beragama Islam sahaja,” katanya

Sementara itu, Mohd Amar meluluskan cadangan sebagaimana termaktub dalam senarai negeri termasuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 Negeri Kelantan 2019 iaitu Enakmen 14 itu diterima dan memenuhi tiga syarat iaitu mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

-Malaysia Kini

Tags: Dun KelantanKesalahan Hukum Syarak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kamu Siapa Fahmi? Jangan celupar!

Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM

11/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Jumaat...

PAS Umum Menang 43 Kerusi DUN Kelantan

PAS Umum Menang 43 Kerusi DUN Kelantan

12/08/2023
0

KOTA BHARU : PAS mengesahkan menang di 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd