• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyCC Kenakan Penalti Terhadap 7 Pusat Tuisyen & Penjagaan

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti kewangan RM33,068.85 secara kolektif terhadap tujuh pusat tuisyen dan pusat penjagaan harian di kawasan SS19, Subang Jaya, kerana terlibat dalam aktiviti penetapan harga.

MyCC berkata, tujuh pengusaha tersebut telah melanggar seksyen empat Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dengan memasuki perjanjian pada Mei 2017 untuk menetap dan menyeragamkan secara kolektif yuran yang dikenakan untuk perkhidmatan tuisyen dan penjagaan harian yang diberikan oleh pusat masing-masing.

Dalam keputusannya itu, MyCC berkata setiap syarikat terbabit diberi masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan untuk membayar penalti kewangan yang dikenakan.

Kesemua pihak terbabit juga dikehendaki untuk menghentikan segera kegiatan penetapan harga dan menolak perjanjian penetapan harga dengan serta-merta.

Mereka juga dikehendaki untuk mendaftar dan melengkapkan kursus e-Pembelajaran mengenai pematuhan persaingan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam tempoh satu bulan dari keputusan ini dikeluarkan.

Suruhanjaya itu berkata keputusan dibuat selepas mempertimbangkan penghujahan bertulis dan representasi lisan oleh pengusaha terbabit.

“Penetapan harga adalah perlakuan kartel yang serius. Ia memberi kesan kepada rakyat dan memaksa pengguna membayar harga yang tidak perlu.

“Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap mana-mana kartel untuk melindungi pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail, dalam satu kenyataan hari ini.

Layari laman www.mycc.gov.my untuk maklumat lanjut. – BERNAMA

Tags: MyCCpenalti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

19/03/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc...

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

8 Syarikat Fail Rayuan Terhadap Keputusan MyCC

10/03/2025
0

Lapan syarikat akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penalti kewangan RM92.8 juta atas dakwaan terbabit dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd