• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Banjir Akan Diperincikan Semula – Shahidan

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jawatankuasa Bencana Negara akan memperinci semula prosedur operasi standard (SOP) banjir bagi memastikan pelaksanaannya kelak mengikut model negara maju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia dibuat berdasarkan pandangan menyeluruh pihak-pihak yang terbabit dengan banjir besar baru-baru ini.

“Keputusan jawatankuasa ini tidak bersandarkan pada satu atau dua pandangan saja malah semua pihak, orang ramai, mangsa, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan wang ihsan kepada 435 mangsa banjir di Perlis yang berpindah ke pusat pemindahan. Setiap keluarga menerima RM500.

Shahidan berkata, perkara penting dalam SOP itu ialah memastikan setiap orang yang diarahkan berpindah mesti berpindah apabila arahan dikeluarkan kerana ramai tidak mematuhi arahan berpindah semasa banjir baru-baru ini.

“Di negara maju seperti Jepun, orang ramai berpindah sebaik arahan dikeluarkan dan mereka kembali apabila dibenarkan. Sebab itu kemalangan atau korban nyawa amat sedikit. Ini yang hendak dilaksanakan,” tambahnya.

Shahidan berkata, jawatankuasa turut mengambil kira keselamatan harta benda pemilik rumah yang diarahkan berpindah kerana ia antara sebab ramai enggan berpindah sehinggalah air mencapai bumbung rumah.

Katanya latihan simulasi untuk pegawai kerajaan termasuk pasukan keselamatan dibuat kira-kira enam bulan sebelum banjir besar melanda akhir tahun lepas.

Latihan berikutnya membabitkan sukarelawan, NGO dan orang ramai akan dibuat dalam masa terdekat untuk melihat keberkesanan SOP yang ditambah baik, tambahnya.

Menurutnya, bot-bot persendirian di kawasan mudah dilanda banjir akan didaftarkan dengan pihak berkuasa supaya dapat digunakan serta-merta dalam situasi kecemasan.

Shahidan berkata, pihak berkuasa dapat menguruskan dengan baik bantuan serta mangsa, banjir besar yang luar biasa di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak baru-baru ini cuma berlaku sedikit masalah pada hari pertama dan kedua.

Mengenai pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah, beliau berkata, pertimbangan untuk mereka dibuat berbeza dengan mangsa yang berpindah dan keputusannya akan dimaklumkan kemudian. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd