• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Ada Kuasa Periksa Premis Disyaki Berlaku Maksiat

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan mempunyai kuasa untuk memeriksa mana-mana premis yang disyaki menjalankan aktiviti maksiat, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Nassuruddin berkata konsep ‘tajassus’ atau mengintip dibolehkan kepada mana-mana kerajaan bagi tujuan keselamatan terhadap negara mahupun masyarakat.

“Kita kena faham ‘tajassus’ yang dilarang oleh Allah SWT itu larangan kepada orang ramai…tak boleh setiap orang (masyarakat) buat kerja mengintip.

“Kerajaan kena ada pengintip…kalau kerajaan tak ada pengintip habislah kerajaan. Bila ada laporan khalwat kita kena ketuk (premis), kita kena pergi (siasat),” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) yang mahu tahu pandangan kerajaan berhubung serbuan kerajaan di mana-mana premis yang dilaporkan menjalankan aktiviti maksiat.

Mohd Nassuruddin berkata jika tiada penguatkuasaan untuk memeriksa premis dikhuatiri menjalankan aktiviti tidak bermoral maka ia akan memberi ruang kepada maksiat untuk terus berleluasa.

“Dalam suasana penguat kuasa agama menjalankan pemeriksaan dan serbuan pun kita lihat berlaku pembuangan anak, jadi bagaimana kalau kita nak menggambarkan itu hak mereka dengan Allah,” katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Mohamad yang mahu tahu tahap keseriusan isu-isu berkaitan ajaran Syiah serta aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Gay (LGBT) di Kelantan, Nassuruddin berkata kedua-dua perkara berkenaan masih dalam keadaan terkawal.

“Bagi membendung ajaran Syiah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah menyerbu sebuah premis di Jalan Sri Cemerlang di sini dan menahan sekumpulan pengikut Syiah untuk siasatan pada 30 Ogos lepas,” katanya.

Sementara itu beliau berkata seramai 15 mak nyah telah ditangkap dan didakwa di Mahkamah Syariah pada 2015, tiga kes (2016), lima kes (2017) dan sejak Januari hingga Oktober tahun ini seramai lapan mak nyah telah diperiksa dan didakwa. – BERNAMA

Tags: Kerajaanmaksiat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd