• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 20 Rumah,Kedai Dan Bangunan Rosak Akibat Ribut

oleh Ahmad Albab
28/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Lebih 20 buah rumah, kedai, bangunan dan sekolah di sekitar Kepala Batas di sini mengalami kerosakan akibat ribut dan angin kencang yang melanda kawasan itu petang semalam.

Ribut dan angin kencang disusuli hujan lebat pada pukul 5.00 petang itu menyebabkan bumbung 20 buah rumah, kedai, bangunan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi di Jalan Satu, Lahar Bubu,Kampung Pongsu Seribu, Taman Seri Serdang serta Bertam, diterbangkan.

Manakala sebuah rumah di Kampung Permatang Sireh rosak selepas ditimpa pokok besar dan hujan lebat lebih dua jam itu.

Seorang mangsa di Lahar Bubu, Abdul Hashim Ismail, 52, berkata semasa kejadian, beliau dan isteri serta seorang cucu berusia lapan bulan berada dalam rumah sebelum tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat serta sebahagian bumbung di bahagian dapur diterbangkan angin.

Katanya, beliau terus mengarahkan isterinya membawa cucu mereka masuk ke dalam kereta sebelum dia mengambil beberapa beg duit dan terus ke rumah ibunya yang tidak jauh dari situ kerana bimbang ribut susulan.

“Waktu itu saya hanya fikirkan isteri dan cucu, kami terus ke rumah mak saya untuk berlindung kerana takut angin kuat serta ribut susulan. Selepas hujan berhenti kira-kira pukul 7.30 malam baru saya balik ke rumah untuk tengok apa yang terjadi.

“Bahagian dapur rumah kami penuh dengan air hujan dan beberapa barang elektrik juga rosak. Namun saya bersyukur kami selamat manakala dua anak saya berada di tempat kerja mereka semasa kejadian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menerima laporan daripada mangsa yang terlibat dan wakil Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam berhubung kejadian ribut dan angin kuat berkenaan.

Katanya lawatan awal sudah dijalankan ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishak bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Serdang malam tadi.

Katanya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA

Tags: Kedahribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd