• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Bantu Cari Pelumba Gantian Moto2 Di Sepang

oleh
27/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam usaha memberi bantuan mencari pelumba gantian bagi mengganti pelumba Moto2 Tech 3 Racing untuk bersaing pada perlumbaan Shell Malaysia Moto Grand Prix (GP) 2018.

Ketua eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali ketika ditemui Bernama berkata pelumba gantian tersebut akan dipilih berdasarkan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) mengikut kategori yang sesuai.

“Kami akan cari pelumba Malaysia yang berada di kedudukan tertinggi pada perlumbaan ARRC dalam kategori Supersports 600 kerana kategori tersebut adalah paling hampir dan bersesuaian dengan perlumbaan kategori Moto2 nanti.

“Saya ada berhubung dengan pelumba ARRC, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zaqhwan Zaidi namun mereka terikat dengan komitmen masing-masing, jadi kami akan pilih yang terbaik selepas mereka berdasarkan kedudukan terkini ARRC,” katanya pada sesi Taklimat SIC bersama sukarelawan sempena MotoGP yang akan diadakan pada 2-4 Nov ini.

Selain dua pelumba itu, antara pelumba Malaysia yang berpotensi untuk menjadi pelumba gantian pasukan Tech 3 ialah mereka yang berada kedudukan tertinggi sepanjang perlumbaan ARRC musim ini iaitu Azroy Hakeem Anuar, Kasma Daniel Kasmayudi dan Md Ramdan Rosli.

Katanya, keputusan pemilihan pelumba gantian itu akan diketahui dalam masa terdekat iaitu sekurang-kurangnya pada Isnin ini.

Dalam pada itu, Razlan berkata lebih kurang 500 orang sukarelawan turut serta dalam sesi taklimat di SIC, berkenaan penganjuran MotoGP dari aspek keselamatan dan keseluruhan perjalanan penganjuran.

“Jumlah keseluruhan sukarelawan adalah lebih kurang 1,000 orang termasuk dalam bidang perubatan, keselamatan, perkhidmatan pelanggan dan marshall.

“Ini merupakan kali pertama kami buat sesi orientasi secara besar-besaran bagi memberi pendedahan kepada mereka termasuk menghargai pembabitan mereka sebagai sukarelawan,” katanya.

Razlan juga turut berkata SIC yakin mampu memperoleh lebih 100,000 pungutan penjualan tiket hari perlumbaan (Ahad) nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Razlan RazaliSIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SIC Yakin Jumlah Kehadiran Penonton Dapat Terus Ditingkatkan

05/11/2018
0

SEPANG - Kehadiran penonton yang melepasi sasaran awal pada hari perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia semalam, meyakinkan pihak promoter sukan...

Dr Mahathir Rasmi Lampu Limpah Litar SIC

02/08/2018
0

SEPANG – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini diberi penghormatan untuk merasmikan lampu limpah yang ekstensif menerangi keseluruhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd