• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Jawatankuasa Warisan Baharu – YDP Melaka

oleh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Yang di-Pertuan Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob hari ini mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan sebuah Jawatankuasa Warisan yang baharu bagi mengkaji dan mengembalikan nilai warisan serta sejarah di negeri ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu nanti diharap dapat dianggotai dan dinaungi oleh mereka yang berminat dengan sejarah dan warisan bagi mengembalikan kegemilangan Melaka yang kaya dengan nilai sejarah serta warisan dikenali seluruh dunia.

“Jawatankuasa induk itu (jawatankuasa warisan sebelum ini) difahamkan ditubuhkan untuk mengkaji dan mengembalikan aspek warisan tetapi nampak tidak berapa berjalan (memainkan peranan) selain tiada laporan mengenainya. Saya isytiharkan jawatankuasa itu dibubarkan.

“Jawatankuasa baharu nanti perlulah dalam kalangan orang yang berminat untuk mengkaji sejarah selain terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya,” katanya ketika berucap merasmikan Hang Tuah Centre di Duyong di sini hari ini.

Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka Datuk Khamis Abas serta Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong, Damian Yeo.

Bernama pada 2 Oktober, 3 Oktober dan 4 Oktober lepas menyiarkan tiga siri rencana mengenai nilai warisan dan sejarah di negeri ini, terutamanya beca, tapak sejarah dan kraftangan, yang terhakis akibat komersialisasi pelancongan pesat di negeri ini dan usaha kerajaan negeri untuk menanganinya.

Mohd Khalil berkata Jawatankuasa Warisan yang akan dibentuk itu perlu memain peranan dalam mengembalikan nilai warisan dan sejarah di negeri ini, selain menjalankan kajian terhadap aspek warisan dan sejarah tersebut.

“Jawatankuasa itu juga perlu mengkaji apa yang boleh dikehadapankan daripada sosiokebudayaan dan sosioekonomi,” katanya yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sejarah itu.

Sementara itu, Muhammad Jailani yang menyambut baik cadangan Mohd Khalil berkata pihaknya akan mengkaji semula jawatankuasa itu dan menjangka pelantikan jawatankuasa baharu akan selesai sepenuhnya akhir tahun ini.

“Ketika ini, jawatankuasa warisan di bawah kendalian Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, oleh itu saya akan mengadakan perbincangan bersama Datuk Bandar agar saranan Tun (Mohd Khalil) diambil tindakan.

“Dijangka jawatankuasa itu akan turut membabitkan pihak swasta kerana kami mahukan mereka yang pakar selain akan memanggil balik pakar budaya dan warisan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tun Mohd Khalil Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perikatan Nasional Melaka Menghadap TYT Kali Kedua

06/03/2020
0

AYER KEROH - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini bersetuju menerima kunjungan kali kedua semua...

Istiadat Angkat Sumpah KM Melaka Ditangguh

05/03/2020
0

MELAKA - Yang Dipertua Melaka, Mohd Khalil Yaakob menangguhkan istiadat angkat sumpah ketua menteri ke-12 ke Isnin depan. Setiausaha Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd