• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi: Dakwaan PKR Tidak Berasas – Reezal Merican

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menegaskan dakwaan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, bahawa UMNO memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan itu, sebagai tidak berasas.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk PRU-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Malik yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Pulau Pinang, dalam satu laporan portal semalam, mendakwa UMNO telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.

Selasa lepas, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.

Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung akan dinilai sebagai pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang UMNO memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.

“Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa UMNO memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU-13 lepas.

“Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU-13 jumlahnya adalah 28,946.

“Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik,” katanya. Reezal Merican berkata, peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.

“Sama ada beliau seorang pembohong atau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008,” katanya. – BERNAMA

Tags: PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd