• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mak Nyah Mengaku Tawar Seks Kepada Koperal Polis

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, seorang lelaki berperwatakan wanita didenda RM2,500 atau penjara enam bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mohammad Raffidz Rolando, 28, yang bekerja sebagai promoter di sebuah kedai minyak wangi didakwa telah mencari pelanggan bagi tujuan persundalan dengan menawarkan perkhidmatan itu kepada Koperal Roslin Ahmad Fuad di sebuah bilik di Hotel Silka, Kilometer 10, Jalan Cheras di sini kira-kira pukul 12.10 tengah malam, tiga hari lalu.

Mohammad Raffidz yang berpakaian wanita dengan skirt pendek berwarna hitam dan bersanggul didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda rendah atas alasan menyesal dengan perbuatannya itu dan mahu pulang ke kampung halamannya di Sabah.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd. Ashif yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam.

Majistret Namirah Hanum Mohamed membebaskan Mohammad Raffidz selepas rakannya membayar denda berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mak Nyahseks
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

27/07/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah...

Kedah Fashion Week: Tindakan Terhadap Mak Nyah Dalam Perbincangan

Kedah Fashion Week: Tindakan Terhadap Mak Nyah Dalam Perbincangan

11/08/2022
0

ALOR SETAR : Tindakan terhadap mak nyah yang memakai pakaian mencolok mata hingga menimbulkan kontroversi terhadap penganjuran Kedah Fashion Week...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd