• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Pakar Jantung Akan Ditambah

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan akan menambah bilangan pakar dalam penjagaan kesihatan jantung untuk memastikan perkhidmatan terbaik dan memandangkan jumlah pesakit jantung yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye., berkata bilangan pakar perubatan kardiologi atau jantung di hospital kerajaan setakat ini hanya 30 hingga 40 orang dan KKM memerlukan kira-kira 120 hingga 150 pakar jantung untuk berkhidmat di sembilan pusat rawatan jantung di seluruh negara.

KKM sudah menyediakan pelbagai latihan dan seminar khusus kepada doktor supaya mereka lebih berminat untuk menjadi pakar jantung.

“Selepas latihan ini, mereka akan ditempatkan di pusat rawatan jantung seperti di Hospital Serdang bagi mempersiapkan diri dan kami percaya dengan latihan serta peluang yang diberikan dapat melahirkan lebih ramai pakar jantung,” katanya selepas merasmikan 9th National Acute Myocardial Infarction Course (NAMIC) anjuran Jabatan Kardiologi, Hospital Serdang di sini, hari ini.

Dr Lee berkata, kes penyakit jantung di negara ini semakin meningkat dengan warga emas paling banyak mengalaminya.

Peralatan dan kemudahan di pusat rawatan jantung di negara ini berada pada tahap memuaskan namun perlu penambahbaikan.

“KKM akan memastikan peruntukan untuk bekalan barang rawatan akan disalurkan dengan sebaiknya supaya rawatan dapat diberikan dengan cepat dan baik,” katanya.

Beliau memberi contoh Hospital Serdang kini menyediakan rangkaian perkhidmatan di beberapa kawasan sehingga ke Negeri Sembilan dan ini dapat membantu dalam memberi rawatan dalam masa singkat. – BERNAMA

Tags: Dr Lee Boon ChyePakar Jantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Wakil Kementerian Kesihatan Jual Papan Tanda Larangan Merokok

30/12/2018
0

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak mempunyai wakil yang menjual papan tanda larangan merokok di semua restoran dan premis makanan susulan...

KKM Tidak Kompromi Kesihatan Bukan Perokok

26/12/2018
0

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak berkompromi terhadap aspek kesihatan bukan perokok, namun pada masa tetap menghormati hak perokok, kata Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd