• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Wakil Kementerian Kesihatan Jual Papan Tanda Larangan Merokok

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Kesihatan tidak mempunyai wakil yang menjual papan tanda larangan merokok di semua restoran dan premis makanan susulan penguatkuasaan larangan tersebut mulai 1 Jan depan.

Timbalan Menteri berkenaan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mendakwa sebagai wakil kementerian dengan menjual papan tanda tersebut sekiranya menerima laporan.

“Kementerian mendapat laporan ada pihak yang menjual papan tanda itu dengan harga RM10,” ​​​​​​katanya kepada pemberita selepas program gotong-royong membanteras wabak denggi anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini.

Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata pemilik restoran atau premis makanan boleh membeli atau membuat papan tanda sendiri mengikut spesifikasi yang ditetapkan iaitu panjang 40 sentimer (cm) dan 50 cm.

“Tetapi sekiranya papan tanda itu lebih kecil (daripada spesifikasi), ia tidak menjadi masalah asalkan ia dipamerkan,” katanya.

Dr Lee berkata papan tanda itu tidak perlu mempunyai logo kementerian dan boleh menggunakan lebih daripada satu bahasa selain bahasa Malaysia tetapi ia mesti mempunyai logo larangan merokok.

Katanya setiap restoran dan premis makanan hanya perlu mempamerkan satu papan tanda sahaja di kawasan yang boleh dilihat oleh pelanggan dan kegagalan berbuat demikian boleh didenda maksimum RM3,000.

Dalam pada itu, Dr Lee berkata setiap tahun dianggarkan seramai 20,000 orang maut disebabkan penyakit akibat rokok dan membabitkan kos rawatan sejumlah RM7.4 bilion sepanjang tahun. – BERNAMA

Tags: Dr Lee Boon ChyeLarangan Merokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Larangan Merokok Tak Dihentikan

16/06/2020
0

BAGAN SERAI - Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi...

NGO Tak Setuju Ruang Khas Merokok Di Tempat Awam

10/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd