• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Najib, Irwan, Hasanah Didakwa Serentak

oleh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari ini buat pertama kali dalam sejarah negara, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua bekas pegawai tinggi kerajaan diseret ke mahkamah serentak atas perlbagai pertuduhan pecah amanah wang milik kerajaan Malaysia.

Menghadapi pertuduhan yang dibacakan bersama-sama di hadapan Hakim Azman Ahmad di Mahkamah Sesyen di sini, Najib, 65, dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, 61, menghadapi enam tuduhan pecah amanah wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000.

Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 21 Disember 2016 bagi pertuduhan pertama dan kedua, pada 3 Ogos 2017 pertuduhan ketiga manakala pertuduhan keempat hingga keenam pada 10 Ogos 2017, 23 Ogos 2017 dan 18 Disember 2017.

Empat daripada enam pertuduhan terhadap Najib dan Mohd Irwan Serigar adalah berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC).

Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Abdul Hamid, 61, didakwa di hadapan hakim sama, dengan pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta milik kerajaan Malaysia, pada April lepas.

Beliau didakwa dalam kapasitinya sebagai penjawat awam telah melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan JPM, Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Najib, Mohd Irwan Serigar dan Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

Najib dan Mohd Irwan Serigar dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin. Hakim Azman membenarkan mereka membayar jaminan sebanyak RM500,000 hari ini dan bakinya dibayar dalam masa 10 hari bermula dari tarikh hari ini.

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa dan diplomatik, sekiranya ada kepada mahkamah sehingga kes selesai dan mereka juga dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan sepanjang kes berlangsung.

Hasanah diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan yang sama.

Mahkamah menetapkan 29 November untuk sebutan semula kes-kes berkenaan.

Pendakwaan itu adalah yang keempat buat Najib selepas tiga kali didakwa dengan keseluruhan 32 pertuduhan pada Julai, Ogos dan September manakala ia pendakwaan kali pertama bagi Mohd Irwan Serigar dan Hasanah.

Pendakwaan ketiga-tiga mereka menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa yang seawal 6.30 pagi berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk membuat liputan dan perkembangan terkini kes berkenaan.

Ketiga-tiga mereka hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta secara berasingan.

Berbeza dengan Najib dan Mohd Irwan Serigar yang tiba melalui pintu hadapan mahkamah, Hasanah dilaporkan memasuki mahkamah melalui pintu belakang untuk mengelak daripada ditemui wartawan dan jurugambar yang berkumpul di lobi.

Mereka yang diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian dibawa ke tingkat 2, untuk prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen 14.

Prosiding pendakwaan kemudian bermula pada 9.17 pagi dengan mahkamah memanggil Najib dan Mohd Irwan Serigar terlebih dahulu kerana mereka didakwa secara bersama.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk K. Kumaraendran serta Datuk Geethan Ram Vincent bertindak bagi pihak Mohd Irwan Serigar.

Pendakwaan terhadap Hasanah yang diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar. – BERNAMA

Tags: Datuk Hasanah Abdul HamidDatuk Seri Najib Tun RazakTan Sri Dr Mohd Irwan Serigar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd