• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pekerjaan, Kos Sara Hidup Harapan Generasi Muda

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.

Kebanyakkan mereka berpendapat isu berkenaan saling berkait dan ekonomi diri boleh diperbaiki jika dua perkara berkenaan dapat ditingkatkan.

Lepasan Universiti Malaysia Sabah Nur Khairunnisa Omar Baki, 23, berkata beliau berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan khususnya di luar bandar, bagi memberi lebih pilihan kepada belia.

Mengambil contoh dirinya yang akan bergraduasi pada November depan, Nur Khairunnisa berharap dapat bekerja di Kemaman, Terengganu supaya boleh melaksanakan tanggungjawab menjaga keluarga selaku anak sulung.

“Jika dapat bekerja di tempat asal, perbelanjaan seperti menyewa bilik boleh dijimatkan dan digunakan untuk tujuan lain seperti membantu persekolahan adik-adik kerana ayah seorang sahaja yang bekerja sebagai pemandu lori.

“… apatah lagi gaji permulaan pada masa kini juga tidak begitu tinggi. Saya berharap gaji minimum boleh dinaikkan kerana kami juga perlu membayar pinjaman pendidikan selepas bergraduasi,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pekerja swasta Amir Rozaini Ahmad Rani, 38, juga berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan supaya anak muda tidak perlu berhijrah ke bandar besar yang sudah pasti lebih tinggi kos hidupnya.

Katanya kos sara hidup juga memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan termasuk dalam pemberian subsidi minyak kerana perubahan harga bahan api itu memberikan kesan kepada harga barangan lain.

“Kerajaan juga diminta untuk memberi perhatian kepada sistem pengangkutan awam kerana sistem pengangkutan yang efektif dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.

“Ini salah satu cara untuk berjimat selain dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dan menjaga alam sekitar,” katanya.

Sebagai penduduk Kuantan, Amir Rozaini juga berharap kerajaan akan meneruskan rancangan pembinaan blok baharu wad wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, ekoran kesesakan yang dialami sekarang.

Katanya, pengumuman itu telah dibuat oleh kerajaan terdahulu pada Bajet 2018 dan beliau berharap perkara tersebut diberi perhatian oleh kerajaan sekarang kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat.

“Jika ke HTAA, boleh dilihat terlalu ramai pesakit sehingga ada yang perlu ditambah katil. Kesesakan juga menyebabkan berlaku masalah parkir sehingga ada yang meletak kenderaan di jalan besar,” katanya.

Anak jati Balok di sini, Shamim Junaidi (eng:he), 30, berharap kerajaan memperhalusi isu perumahan bagi membolehkan golongan belia membeli rumah pada usia muda yang supaya boleh menikmati tempoh bayaran balik yang lebih panjang.

Beliau yang bekerja dengan syarikat telekomunikasi berharap kerajaan dapat memberi ‘berita gembira’ kepada rakyat menerusi Bajet 2019 seperti diskaun tol dan pilihan potongan lebih mampu dalam pinjaman pendidikan.

“Kalau tidak boleh berikan diskaun dalam jumlah yang banyak, jumlah yang sedikit juga boleh membantu rakyat yang mungkin kerap perlu menggunakan tol untuk ke tempat kerja setiap hari,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kos Sara Hiduppekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd