• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB, Visa Kerjasama Tawar Promosi Hujung Minggu

oleh Ahmad Albab
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini memeterai satu pakatan strategik komersial degan peneraju pembayaran digital, Visa membabitkan tawaran pengembaraan menarik kepada para pelanggan menerusi program hujung minggu ‘MH Visa Weekend Deals.’

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua syarikat itu berkata pakatan tersebut membolehkan usaha promosi tawaran berkenaan kepada semua pemegang kad kredit, debit dan prabayar Visa dengan diskaun tambang peringkat global bagi pasaran terpilih.

Pemegang kad tersebut boleh menikmati diskaun tambahan sehingga 20 peratus untuk semua tambang inklusif bagi perjalanan kelas perniagaan dan kelas ekonomi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 26 Oktober, 2018 sehingga 13 Januari, 2019 apabila membuat tempahan menerusi www.malaysiaairlines.com/visa.

“Kami amat teruja untuk memulakan pakatan ini yang menyaksikan Malaysia Airlines menjadi antara syarikat penerbangan pertama di rantau Asia Pasifik menjalin kerjasama dengan Visa menerusi promosi hujung minggu untuk pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail.

Beliau berkata tawaran itu termasuk jumlah bagasi tanpa had dalam lingkungan 20 kilogram untuk (penerbangan) domestik dan 30 kilogram bagi penerbangan antarabangsa kelas ekonomi beserta makanan dan hiburan dalam pesawat secara percuma.

Sementara itu, Pengurus Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon berkata Kajian Hasrat Pengembaran Global Visa menunjukkan rakyat negara ini melakukan purata 5.4 perjalanan antarabangsa sejak dua tahun lepas yang merupakan angka lebih tinggi berbanding di peringkat Asia Pasifik dan global secara purata.

“Aktiviti pengembaraan itu sememangnya amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami percaya pakatan ini akan memberi manfaat besar kepada para pemegang kad Visa kerana mendapat akses kepada pelbagai tawaran menarik menerusi program ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: MABVisa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

30/08/2022
0

BEIJING: Seramai 150 penuntut Malaysia kembali ke China untuk melanjutkan pengajian masing-masing pada pertengahan bulan ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Duta Besar...

MOTAC Mahu KDN Pertimbang Pemberian Visa Berganda

MOTAC Mahu KDN Pertimbang Pemberian Visa Berganda

28/07/2022
0

KUCHING - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan pemberian visa kemasukan berganda kepada pelancong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd