• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Kurangkan Nahas Motosikal Dipertingkat

oleh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kempen keselamatan jalan raya perlu dipertingkat dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

Jelasnya, kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang kini dilaporkan mencecah 5,000 kematian setahun.

Katanya kemalangan membabitkan motosikal juga melibatkan kesan besar seperti kehilangan anggota keluarga dan sumber pencarian rezeki, selain syarikat insurans juga perlu menanggung bayaran ganti rugi yang tinggi kepada mangsa kemalangan.

“Perbincangan boleh diadakan (antara pihak berwajib) dalam mencari jalan untuk mengurangkan had laju motosikal. Kerana di Malaysia, ada segelintir penunggang motosikal yang bukan sahaja tidak mempedulikan lampu merah dan memandu terlalu laju tetapi juga tidak mengendahkan apa-apa peraturan keselamatan.

“Ini berbeza di Vietnam yang mempunyai bilangan penunggang motosikal yang jauh lebih tinggi daripada kita, tetapi masih berdisiplin dan pandu dengan perlahan. Menurut rakan saya di sana, ini kerana mereka tidak mahu terbunuh dan meninggalkan keluarga tanpa tempat bergantung,” katanya.

Azman berkata demikian kepada Bernama News Channel sewaktu ditemui pada majlis penyampaian cek dan sumbangan kepada waris wira-wira bomba tragedi lemas di Puchong, Selangor pada 3 Okt lepas, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, jurucakap sebuah badan bukan kerajaan, Safety Horizons, Samad Rahim berkata sebanyak RM50,00 berjaya dikutip ahli badan itu dan syarikat-syarikat yang tampil memberi sumbangan kepada waris wira-wira bomba berkenaan.

Pada 3 Okt lepas, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam, lemas ketika terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azman Ujangkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd