• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Vietnam Akan Terus Jalin Kerjasama Akrab

oleh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Malaysia dan Vietnam akan terus meningkatkan kerjasama yang sudah terjalin akrab selama 45 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata kedua-dua negara bersetuju untuk memberi perhatian dalam isu Laut China Selatan serta membantu antara satu sama lain sebagai negara anggota ASEAN.

“Vietnam mahu Laut China Selatan bebas daripada apa-apa unsur yang tidak baik dan kita akan bekerjasama.

“Kita juga melihat bagaimana hubungan dalam ASEAN itu membantu kita apabila ada kerenggangan atau masalah serta isu antara China dan Amerika Syarikat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam Nguyen Thi Kim Ngan.

Beliau berkata Malaysia juga bersetuju mengambil kira kebajikan kira-kira 30,000 pekerja Vietnam di Malaysia daripada unsur eksploitasi.

“Kalau ada unsur-unsur eksploitasi memang kita (akan ambil tindakan) terutamanya keadaan tempat tinggal dan cara-cara mereka dikendalikan, janganlah ada agensi haram yang melakukan eksploitasi,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata dalam pertemuannya dengan wanita pertama yang dilantik sebagai pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam itu, mereka juga membincangkan usaha memperkasa golongan wanita di ASEAN.

Beliau dimaklumkan 26 peratus anggota Perhimpunan Kebangsaan Vietnam terdiri daripada wanita.

“Wanita perlu diberi peluang dan hak sama rata menceburi bidang-bidang yang mereka inginkan,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata isu memperkasa wanita juga akan menjadi agenda utama pada Mesyuarat Ke-3 Menteri-Menteri ASEAN mengenai Wanita (AMMW) yang bakal dihadirinya esok di Hanoi. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd