• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 16 Tahun Diliwat Pelajar Tingkatan Dua

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Lagi kes liwat dilaporkan berlaku di Pulau Pinang dan kali ini membabitkan seorang remaja berusia 16 tahun yang menjadi mangsa dalam kejadian di sebuah tandas sebuah pusat sukan dekat Mak Mandin, di sini, Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa hadir ke balai jam 9.44 malam tadi untuk membuat laporan berhubung kejadian yang menimpanya selepas video insiden itu viral di laman sosial.

Katanya, mangsa yang sudah tidak bersekolah sejak berusia 12 tahun itu memberitahu dirinya diliwat seorang remaja lelaki hingga mengakibatkan suspek digantung sekolah.

“Mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar.

“Polis juga sudah menahan suspek berusia 14 tahun dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, dua kanak-kanak masing-masing berusia 11 dan 13 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua lelaki berusia 55 tahun di sebuah sekolah menengah di Permatang Tok Jaya.

Mangsa mendakwa diliwat pengetua berkenaan ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah terbabit baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Mohd Jamil Mohamed, berkata pihaknya memandang serius berhubung salah laku seksual dalam kalangan warga pendidik.

Menurutnya, pihak jabatan sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap kes yang berlaku.

“Kita sudah ‘pool’ (diletakkan secara pentadbiran) pegawai ini di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai sehingga kes ini selesai,” katanya. – BH Online

Tags: kes liwatpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd