• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

42 Metrik Tan Beras Seludup Hampir RM70K Dirampas

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk beras Siam seberat 42 metrik tan bernilai hampir RM70,000 dengan penahanan dua treler di hadapan Masjid Kampung Padang Chenderai, Padang Sanai dekat Padang Terap di sini pada 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Noh Idris berkata dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun yang memandu treler itu berjaya ditahan sepasukan polis yang melakukan rondaan mencegah jenayah di sekitar kawasan daerah itu selepas menerima maklumat treler itu berada dalam keadaan mencurigakan.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima dan pemeriksaan yang dilakukan, sebanyak 12 bungkusan jumbo plastik warna putih berisi 12 metrik tan beras ditemui pada lori (treler) pertama dan lori kedua sebanyak 30 bungkusan jumbo berisi 30 metrik tan beras yang disyaki diseludup masuk ke sini bernilai hampir RM70,000 tidak termasuk cukai.

“Siasatan juga mendapati mereka tidak memiliki lesen memandu dan gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan muatan beras yang dibawa sebelum ditahan bersama lori dan beras untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noh berkata setiap bungkusan jumbo berisi satu metrik tan beras iaitu 1,000 kilogram dengan beras yang dibeli di Thailand hanya RM1.60 sekilogram.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berasal dari Alor Setar itu mengaku membawa muatan beras berkenaan dari negara jiran melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra di Durian Burung dekat Padang Terap.

Katanya semakan rekod lampau juga mendapati lelaki berusia 45 tahun itu mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah.

“Kes diserahkan kepada Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Kedah untuk tindakan mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),” katanya. – BERNAMA

Tags: beraspolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd