• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Balik GST: PAC Akan Panggil Semula Najib

oleh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan dipanggil semula untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu kehilangan wang tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion, jika ada keperluan.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata Najib yang juga bekas menteri kewangan telah memberikan keterangan pada hari ini dan beliau memberi kerjasama baik menjelaskan segala persoalan yang diajukan anggota PAC kepadanya berkenaan isu tersebut.

“Saya tidak boleh dedahkan kepada anda apa yang berlaku semasa prosiding ini tetapi dia telah memberi keterangan dan kerjasama yang baik memberi penjelasan terhadap soalan-soalan yang ditanya ahli PAC.

“Secara dasarnya Najib menjelaskan tentang perjalanan aliran kewangan kerajaan, pungutan daripada GST, berhubung pulangan GST dan itu adalah isu yg dicari oleh PAC ketika ini dan soalan itu berpandu pada terma rujukan PAC,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding PAC terhadap Najib di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata semua penjelasan yang diberikan Najib hari ini akan dimasukkan ke dalam laporan jawatankuasa itu yang kemudian akan dibentangkan ke Parlimen selepas prosiding itu selesai.

“Setakat hari ini, apa maklumat yang kita mahu dapatkan dan testimoni daripada Najib sudahpun sempurna,” katanya.

Wong berkata PAC akan memanggil saksi terakhir untuk prosiding isu itu iaitu Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dijangka selepas pembentangan Belanjawan 2019 nanti.

Sebelum ini, PAC telah memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan masing-masing dalam isu itu antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Turut dipanggil ialah bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ogos lepas, Lim ketika membentangkan Rang Undang-Undang GST (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat mendedahkan pembayaran tuntutan kredit cukai input berkenaan tertunggak, membabitkan nilai RM19.4 bilion sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd