• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Bumiputera Lesen Kasino Agar Mampu Saing

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Zaid berkata bahawa salah satu faktor utama orang Melayu ketinggalan berbanding kaum lain dalam pelbagai bidang adalah disebabkan dasar bersifat diskriminasi yang diperkenalkan kerajaan.

“Saya menyokong dasar yang tidak bersifat diskriminasi yang membolehkan bumiputera turut serta dalam perniagaan menjual produk tidak halal yang memberi pulangan lumayan dan banyak di negara ini.

“Kenapa tidak beri lesen kepada bumiputera untuk buka kasino, pusat hiburan, aktiviti judi dan penjualan alkohol?

“Sektor itu merupakan sumber ekonomi yang besar yang melibatkan berbilion ringgit namun orang Melayu dihalang turut serta. Bagaimana orang Melayu muslim akan mampu menyaingi (kaum lain dari segi ekonomi)?” katanya.

Tambah Zaid, perniagaan seumpama menyumbang kepada ekonomi kaum Cina yang kemudian membuka peluang kepada mereka melabur dalam hartanah.

“Orang Melayu mengeluh bahawa mereka telah hilang tanah mereka dan tak mampu beli rumah kos rendah. Kenapa orang Melayu tidak diberi peluang sama seperti Cina agar mereka boleh buat duit dan lindungi tanah mereka?

“Perniagaan ini adalah berdosa, sudah tentu, tapi sejak bila kerajaan diberikan mandat di bawah perlembagaan untuk melindungi orang Melayu daripada dosa?” katanya.

Sebaliknya, kata Zaid, tugas kerajaan adalah memastikan semua rakyat dapat merasai kekayaan dan kemakmuran negara.

Zaid berkata, orang Melayu yang tidak “tersinggung” dengan perniagaan seumpamanya perlu diberi lesen untuk terlibat dalam perniagaan itu, dengan memberi contoh di Labuan dan Langkawi.

“Sesetengah orang Melayu mudah tersinggung, tapi kita tidak harus menguruskan negara mengikut perasaan semata-mata. Kenapa tidak buka kasino di Labuan dan Langkawi yang dioperasikan oleh orang Melayu?

“Tidak masuk akan kita boleh terima kasino besar di Genting tapi menganggapnya ‘kurang berdosa’ tapi menghalang kasino kecil lain di tempat lain.

“Bumiputera dan orang Melayu yang tidak tersinggung dengan aktiviti ini perlu diberi lesen operasi. Adakah kerajaan ketika ini akan mengambil pendekatan ini? Mungkin tidak, tapi mereka terus mengeluh bahawa Melayu ketinggalan,” katanya. – www.malaysiakini.com

Tags: arakDatuk Zaid IbrahimKasino
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Apa-apa yang Bersifat ‘Pintu Belakang’, Begitulah Cara Sistem Westminster Berfungsi

Tiada Apa-apa yang Bersifat ‘Pintu Belakang’, Begitulah Cara Sistem Westminster Berfungsi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa seorang Menteri Besar yang kehilangan sokongan majoriti ADUN sepatutnya meletakkan...

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd