• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Pengedar Antara 44 Ditahan Dalan Ops Jihad Dadah

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Enam pengedar dadah dan dua warga asing dari Indonesia dan Pakistan antara 44 orang yang ditahan dalam operasi bersepadu Ops Jihad Dadah yang diadakan di sekitar kawasan Trong di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata dalam operasi yang bermula pukul 3 pagi hingga 11 pagi itu, polis turut merampas 20 gram heroin bernilai RM1,100 dan syabu bernilai RM100.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu membabitkan 41 lelaki dan tiga wanita berumur 33 hingga 52 tahun.

“Mereka yang ditahan ini membabitkan pekerja kampung dan pekerja dapur arang. Ini merupakan kejayaan kita dalam membanteras penyalahgunaan dadah menerusi Jihad Dadah yang diadakan secara besar-besaran pada hari ini,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Trong dekat sini, hari ini.

Seramai 84 anggota polis dan 15 anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terlibat dalam operasi tersebut.

Mohamad berkata 44 individu itu akan ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39 A, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 39(2).

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi Jihad Dadah dari semasa ke semasa untuk membendung penyalahgunaan dadah di daerah itu dengan sasaran setiap balai polis mesti melaporkan tiga kes dadah di kawasan kawalan mereka.

“Saya juga akan mewujudkan kumpulan Whatsapp bagi membolehkan pemimpin tempatan memantau pergerakan orang luar dan dalam kampung agar maklumat disalurkan kepada pihak polis,” katanya.

Sementara itu Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Mohamed Akmal Dahalan berkata ops itu bertujuan membasmi gejala penyalahgunaan dadah, mengurangkan perasaan takut dalam kalangan pemimpin tempatan. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd