• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Orang Ke-3 Di Dunia Menginap Hotel Mewah Ini

oleh
23/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Neelofa sekali lagi menarik perhatian ramai netizen namun kali ini, bukan berhubung fesyen yang digayakannya tetapi penginapan mewah artis itu yang kini berada di Maldives.

Menurut laporan portal K! Online, pengacara dan aktres popular itu adalah individu ketiga di dunia yang menginap di vila mega mewah The Muraka, Conrad Maldives Rangali Island di kepulauan Lautan Hindi tersebut.

Ia merupakan sebuah vila mewah bawah laut pertama di dunia, yang siap dibina pada tahun 2016 dan akan mula beroperasi pada November ini. Kedalaman bilik mewah itu sedalam 16.4 kaki (lima meter) dari paras laut.

Harga penginapan bilik di vila eksklusif bawah laut itu pula berharga RM200,000 semalam. The Muraka yang terletak di Kepulauan Rangali  itu dibina dengan kos AS$15 juta.

Neelofa, 29 tahun, berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau bercuti di sana sehingga menerima perhatian luar biasa daripada para peminat yang teruja dengan harga vila itu.

K! Online menukil beliau sebagai berkata: “Saya selalu bersyukur kerana berpeluang meneroka percutian menarik. Bidang kerja memberi peluang kepada saya pergi ke tempat idaman yang selama ini hanya ada dalam imaginasi.

“Seperti pengalaman sekali seumur hidup di The Muraka!, bilik-bilik di sini disediakan dengan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari, selain disediakan bot untuk menjelajah ke sekeliling pulau.

“Meskipun bayarannya sangat mahal iaitu AS$50 ribu satu malam, tetapi saya berasa sangat bertuah kerana menjadi orang ketiga di dunia yang merasai pengalaman ini,” kata Neelofa seperti yang dipetik K! Online.

The Muraka membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi. Tetamu vila itu berpeluang untuk merasakan pengalaman menginap di dasar laut dan dikelilingi oleh hidupan akuatik.

Selain bilik tidur, ruang dasar laut The Muraka turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Neelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd