• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Pegawai Belia Dan Sukan Ditahan SPRM Di Johor

oleh
23/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 15 orang pegawai belia dan sukan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sini, tengah hari tadi, untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu.

Menurut sumber, susulan tangkapan yang telah dibuat pada 1 Okt lepas, hasil siasatan mendapati kesemua suspek terbabit telah bersubahat dengan kontraktor-kontraktor dengan membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Liga Sukan.

Ia melibatkan penganjuran liga sukan di lapan daerah iaitu di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi bagi tahun 2015 yang didapati tidak dilaksanakan.

“Jumlah keseluruhan tuntutan palsu yang telah dituntut adalah melebihi RM90,000,” kata sumber.

Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita, berusia lingkungan umur 30-an hingga 50-an dan bertugas sebagai pegawai belia dan sukan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah di Negeri Johor.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kesemua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

Pada 1 Okt lepas, SPRM telah menahan 17 kontraktor bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu lebih RM90,000 berkaitan dengan penganjuran program liga sukan yang didapati tidak dilaksanakan itu. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd