• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTD Cameron Highlands Sentiasa Pantau Lokasi Penerokaan Haram

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Cameron Highlands melakukan pemantauan secara berkala di lokasi yang terlibat dengan penerokaan tanah haram di pusat pertanian tanah tinggi itu.

Ketua Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sebanyak 80 peratus daripada kawasan yang terlibat penerokaan awam telah dibersihkan selepas pelaksanaan Op Gading di Cameron Highlands.

“Saya dimaklumkan oleh PTD Cameron Highlands bahawa hanya tinggal 20 peratus dan kawasan itu memang sentiasa dipantau,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bencana Negeri di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini.

Muhammad Safian menambah beliau dimaklumkan kematian tiga pekerja asing akibat tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini bukan disebabkan penerokaan tanah secara haram.

Sebaliknya, kejadian tanah runtuh itu difahamkan berlaku akibat hujan lebat luar daripada kebiasaan, selain tidak berlaku aktiviti pencerobohan di lokasi kejadian.

Mengulas mengenai persiapan banjir, Muhammad Safian berkata sebanyak 664 pusat pemindahan telah dikenal pasti pada tahun ini, berbanding 689 pada tahun lepas.

Katanya, pengurangan itu ekoran keadaan banjir pada tahun ini dijangka tidak seteruk tahun lepas.

“Sebanyak 117 pangkalan hadapan juga akan diwujudkan dengan bekalan bantuan dihantar bermula 1 Nov depan melibatkan bantuan asas bekalan makanan,” katanya.

Muhammad Safian berkata pada tahun ini, 6,633 anggota penyelamat termasuk 1,987 anggota polis diarahkan berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu operasi banjir.

Beliau berkata sebanyak 99 kawasan cerun dikenal pasti berisiko dan 147 jalan yang dijangka terputus hubungan melibatkan 86 jalan persekutuan, 54 jalan negeri dan tujuh jalan kampung. – BERNAMA

Tags: Cameron Highlandspenerokaan haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd