• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Suspek Utama Langgar Lari Di Cyberjaya Disambung

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tempoh reman suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya Rabu lepas disambung sehari lagi sehingga esok.

Perintah sambung reman terhadap warga Libya berumur 23 itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam di sini hari ini.

Lelaki itu merupakan pemandu kereta jenis Hyundai berwarna perak yang terlibat dengan kes tersebut.

Peguam yang mewakili lelaki itu, Jeremy Vinesh Anthony berkata tiga lagi rakan suspek yang sebelum ini direman bersama anak guamnya dibebaskan.

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Seorang lelaki warga Yaman berusia 22 tahun yang turut dibawa ke mahkamah hari ini tidak dipohon untuk disambung reman, katanya.

Dalam kes langgar lari itu, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia pada Khamis selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. – BERNAMA

Tags: langgar larireman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd