• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zionis Tangguh Roboh Kampung Badawi

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Israel memaklumkan ia menangguhkan perobohan kampung Badawi di Tebing Barat selama beberapa minggu, selepas komuniti antarabangsa mendesak negara Zionis itu supaya menghentikannya.

Difahamkan, Israel sedang melakukan rundingan mengenai perpindahan. Keputusan itu diumumkan, selepas mesyuarat kabinet keselamatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Israel sejak sekian lama mahu menghalau golongan nomad Arab di kawasan antara penempatan Yahudi di Maale Adumim dan Kfar Adumim dengan mendakwa kampung Khan al-Ahmar dibina tanpa permit sah.

Penduduk Palestin yang kalah di Mahkamah Agung Israel dalam menentang pemindahan itu berkata, mustahil permit pembinaan dapat diperoleh daripada pihak berkuasa Israel.

Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah menggesa Israel membatalkan rancangan merobohkan kampung Khan al-Ahmar dan memindahkan 180 penduduknya ke kawasan kira-kira 12 kilometer bersebelahan tempat pembuangan sampah di Tebing Barat.

Tekanan antarabangsa dipertingkatkan, Rabu lalu apabila pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa berkata, pemindahan penduduk Khan al-Ahmar di kawasan dijajah adalah jenayah perang.

“Kabinet keselamatan membenarkan tempoh lanjutan beberapa minggu untuk rundingan pemindahan sukarela,” menurut kenyataan Israel. – Reuters/myMetro Online

Tags: PalestinZionis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd