• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyertaan Kaum Cina Dan India Dalam Tentera Darat Masih Kurang

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Penyertaan kaum bukan Melayu dalam pasukan Tentera Darat (TD) terutama kaum Cina dan India masih belum menggalakkan dan usaha berterusan dilakukan untuk menarik golongan tersebut, kata Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Katanya walaupun ada peningkatan dalam keseimbangan komposisi kaum namun pihaknya berhasrat untuk menambah lagi jumlah penyertaan bukan Melayu kerana usaha menjaga keselamatan negara adalah tanggungjawab semua.

“Jadi kita harap lebih ramai penyertaan kaum lain untuk turut bersama dengan TD dan berkhidmat kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 175/2014 dan Wanita siri 37/2014 di Pusat latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.

Sejumlah 1,500 pelatih termasuk 33 wanita menamatkan latihan kali ini dan daripada jumlah itu, hanya 21 pelatih lelaki adalah daripada kaum India.

Katanya TD juga akan terus menambah jumlah keanggotaannya dalam mencapai sasaran 4,500 setahun bukan sahaja untuk mengisi kekosongan yang ada tetapi untuk menggantikan anggota tentera sedia ada.

Raja Mohamed Affandi berkata melihat kepada situasi terkini sudah ada pertambahan dalam kalangan generasi muda menyertai pasukan keselamatan ini, selain galakan daripada keluarga yang pernah menganggotai TD sebelum ini.

Sementara itu, Perajurit Muda Muhammad Syazani Imran, 18, dari Kluang, Johor diumumkan sebagai pemenang Keseluruhan Terbaik, Perajurit Muda S. Ragunathan, 22, dari Jasin, Melaka (pemenang Jasmani Terbaik), dan Perajurit Muda Nurul Huda Mohd Anuar, 25, dari Marang, Terengganu (pemenang Akademik Terbaik). – BERNAMA

Tags: Tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd