• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ibu Percaya Faris Boleh Jaga Saya’

oleh
21/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh perkenalan singkat tidak menghalang Elfira Loy menerima lamaran tunang, Muhammad Faris Khairol Anuar kerana terpikat dengan keperibadian dan sikap jejaka itu.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy, 24, memberitahu, perancangan hari bahagia mereka lancar malah disambut baik keluarga kedua-dua pihak.

“Faris hormat dan faham bagaimana keluarga saya. Malah, dia ada visi masa depan. Apa yang lebih penting, emak saya percaya dia boleh menjaga saya.

“Semuanya berlaku dalam tempoh pantas dan mudah.

“Saya bersyukur dengan apa yang terjadi dan hargai setiap detik. Tidak lupa, saya berdoa ikatan kali ini adalah yang terbaik buat saya dan berkekalan hingga jenjang pelamin.

“Keluarga saya berpegang kepada adat… Jadi, kami membuat keputusan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga. Semoga semua perancangan dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.

Awal September, majlis merisik dan bertunang dilaporkan diadakan secara tertutup di kediaman Elfira di ibu negara.

Sementara itu, Elfira belum bersedia mendedahkan tarikh majlis pernikahannya. Sebaliknya, dia hanya menjelaskan, mereka bakal disatukan tahun depan.

Tambah Elfira, dia dan Faris sudah mengikuti kursus perkahwinan namun belum membuat persiapan untuk hari mereka disatukan.

“Tarikh kahwin dalam hati saya, siapa boleh baca hati saya mesti dapat agak,” katanya yang menghadiri majlis pelancaran kempen AirAsia #Throughthelens di Nathalei Gourmet I’Espace di Petaling Jaya, kelmarin.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017. Namun, hubungan mereka secara rasminya terputus pada 18 Februari lalu. – BH Online

Tags: Elfira Loy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Elfira Loy Kini Hamil Anak Pertama

26/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelakon, Elfira Loy mengesahkan yang dia kini hamil anak sulung selepas berkahwin awal tahun ini. Bagaimanapun Elifra,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd