• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Kilat Di Baling Menurun

oleh Ahmad Albab
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Mangsa banjir kilat di Baling menurun kepada 282 mangsa daripada 79 keluarga berbanding 492 mangsa daripada 128 keluarga yang masih ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah itu.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Lt (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, setakat pukul 10 pagi ini, seramai 188 mangsa daripada 53 keluarga ditempatkan di PPS Kompleks Rakan Muda Baling, Dewan Batu 48, dengan 49 mangsa daripada 13 keluarga, Dewan Banggol Derom 32 mangsa daripada tujuh keluarga dan Dewan Serbaguna kampung Desa KEDA Batu 8, 13 mangsa daripada enam keluarga.

“Situasi ketika ini ialah hujan lebat di seluruh daerah itu sejak 9 pagi menyebabkan tiada PPS yang ditutup walaupun mangsa yang ditempatkan di empat lagi PPS iaitu PPS Surau Kampung Lahar, PPS Surau Kampung Kuala Kedua, PPS Surau Kampung Charuk Sikin dan PPS Kampung Bawah Gunung telah pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini kebanyakan mangsa dari Mukim Siong, Baling, Pulai dan Kupang terpaksa dipindahkan ekoran hujan berterusan sejak beberapa hari lepas menyebabkan banyak rumah penduduk ditenggelami air.

Banjir di Baling adalah kali ketiga berlaku di daerah itu sejak 8 Okt lepas yang turut membabitkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, dan Pendang. – BERNAMA

Tags: Kedahmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd