• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Lancar Program Diploma Eksekutif Bola Sepak

oleh
17/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dalam usaha meningkatkan tahap profesional pemain bola sepak negara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini melancarkan program Diploma Eksekutif Bola Sepak.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, program itu yang mempunyai dua mod pembelajaran, iaitu sepenuh masa dan separuh, akan bermula pada Mac 2019.

“Program ini akan membuka peluang kepada pemain sedia ada dan pemain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma berkaitan bola sepak. Ia bersifat eksekutif dan banyak bersandarkan pengalaman di samping perlu mengikuti sesi kuliah atau tutorial.

“Selepas mengikuti program ini, pemain boleh melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang sains sukan dan pengurusan sukan. Kita juga merancang untuk menawarkan program akademik bola sepak di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran program itu dan penyerahan bendera Malaysia kepada pasukan bola sepak UiTM ke Asian University Sport Federation Football Championship 2018 di Wisma FAM di sini, hari ini.

Abdullah berkata tempoh selama lima hingga 10 semester ataupun dua tahun setengah hingga lima tahun diperlukan untuk menamatkan program itu.

Beliau berkata UiTM FC dipilih menyertai Kejohanan Asian University Sports Federation Football Championship bermula 28 Okt hingga 11 Nov selepas muncul juara divisyen 1 Liga IPT musim 2017 dan juara Piala Menteri Pendidikan 2018.

“Kejohanan ini merupakan pertandingan kelayakan untuk memilih dua pasukan terbaik Asia ke kejohanan ‘Fisu World Cup’ yang akan diadakan di Napoli, Itali pada tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memandang positif akan usaha murni dari UiTM demi meningkatkan mutu sukan bola sepak negara.

“Ini memberi ruang kepada mana-mana pemain bola sepak selain berjaya dalam bola sepak, mereka juga berjaya dalam pendidikan pada masa akan datang.

“Ini juga adalah satu usaha yang murni maknanya kita memberi peluang kepada pemain-pemain bola sepak kita supaya mereka lebih ‘educated’ dan berketerampilan kerana program yang ditawarkan ini mempunyai banyak manfaatnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: UiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd