• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,000 Doh Roti Canai Logo Halal Tidak Sah Dirampas

oleh
17/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas 6,000 biji doh roti canai dan 360 biji doh capati kerana menggunakan logo halal tidak sah dalam satu serbuan di sebuah syarikat di Setia Alam, Isnin lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata serbuan pada 10 pagi itu dilakukan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ia adalah hasil aduan orang awam ke atas syarikat berkenaan yang telah beroperasi sejak sembilan bulan lepas.

“Ketika serbuan, sebanyak lapan pekerja asing didapati sedang membuat doh roti dan pemeriksaan menemui doh-doh roti canai tersebut yang dimuatkan dalam 60 kotak manakala doh-doh capati dibungkus dalam 12 kotak. Kesemuanya dianggarkan bernilai RM3,063.

“Siasatan awal mendapati pemilik syarikat itu sengaja mempamerkan logo halal pada kotak pembungkusan sedangkan mereka tidak pernah memohon sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali.

Azman berkata pemeriksaan lanjut turut menemui 1,772 kotak kosong tertera logo halal JAKIM disimpan di dalam premis tersebut dipercayai untuk membungkus doh roti canai dan capati bagi edaran pasaran di sekitar Selangor.

Katanya, seorang lelaki tempatan berumur 30-an dipercayai pemilik syarikat itu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, doh roti canai itu dijual pada harga RM20 sekotak yang mengandungi 100 biji , manakala RM10 bagi setiap kotak capati mengandungi 30 biji doh.

Azman berkata kesemua barangan itu dirampas mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan 2011 (Perakuan & Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Wan Najmiah berkata pihaknya mengesan sebanyak 16 syarikat melakukan kesalahan penggunaan logo halal tidak sah di negeri ini sejak 2015.

“Lazimnya, selepas menerima aduan dan maklumat awam, kita akan memeriksa status logo digunakan syarikat itu sama ada dimohon daripada JAKIM atau sebaliknya,” katanya yang turut memaklumkan JAIS akan terus bekerjasama dengan KPDNHEP bagi memastikan perkara itu dipatuhi peniaga. – BERNAMA

Tags: HalalKPDNHEProti canai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia

Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan bangga kerana roti canai yang menjadi...

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd