• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Jambatan Bengkok Terima Pelbagai Reaksi

oleh
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Cadangan bina semula jambatan bengkok, yang pernah diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini, menerima pelbagai reaksi dari berbagai pihak termasuk rakyat dan bekas pemimpin di negeri ini.

Bagi sebilangan besar rakyat Johor, dengan adanya jambatan bengkok itu, ia boleh menjadi jawapan kepada masalah kesesakan di Tambak Johor yang telah membelenggu rakyat negeri ini terutamanya mereka yang saban hari mencari rezeki menyeberangi tambak berkenaan.

Seorang pekerja swasta, Khairul Anuar berkata dengan adanya jambatan bengkok, ia boleh membantu kelestarian hidup rakyat negeri Johor terutama mereka yang bekerja ulang alik dari Johor ke Singapura.

“Ia (Jambatan bengkok) dapat meningkatkan tahap ekonomi rakyat Johor dengan memacu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri makanan, misalnya. Sebagai rakyat negeri ini, ia harus disegerakan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di bandar raya ini.

Turut menyokong ialah Zainal Abidin Mohd, 66, yang menyifatkan adanya jambatan bengkok boleh memudahkan laluan jalan raya selain mengurangkan kesesakan saban hari di tambak berkenaan.

Bagaimanapun, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua Negeri Johor, Low Kueck Shin tidak bersetuju cadangan itu dilaksanakan memandangkan projek tersebut dijangka menelan belanja yang besar.

Dalam satu temu bual di pejabatnya hari ini, beliau sebaliknya berkata kerajaan harus mempercepatkan pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) dalam usaha mengurangkan kesesakan Tambak Johor selain memberi alternatif kepada pengguna pengangkutan awam.

“Kalau ada wang, lebih baik kita buat jambatan baru di Pasir Gudang atau tempat yang sesuai. Sekarang lebih ramai orang guna Tambak Johor berbanding Linkedua jadi kita mahu kalau boleh buat satu lagi jambatan yang sesuai untuk memudahkan orang ramai guna,” kata Low.

Sementara itu, bagi Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor bukanlah satu keutamaan yang perlu disegerakan, apatah lagi ia perlu mengambil kira kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

“Cadangan pembinaan semula jambatan bengkok ini perlu mengambil kira semua sudut pandangan yang konklusif, keperluan undang undang, kesejahteraan rakyat serta menjaga hubungan baik dengan Singapura,” kata Presidennya Salleheen Mohamad, dalam satu kenyataan di sini.

Pihaknya dalam masa yang sama mencadangkan agar satu laluan melalui air di Selat Tebrau dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Linkedua di Tanjung Pelepas.

“Cadangan keluar masuk sama ada melalui Stulang-Sembawang atau Pasir Gudang Changi boleh dilaksanakan melalui feri atau kapal kerana kemudahan yang telah tersiap sedia di samping imigresen, kastam dan kesihatan,” tambah Salleheen.

Dalam kenyataan berasingan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah memeranjatkan untuk sebuah projek mega pada skala yang sangat besar itu mahu dihidupkan semula sedangkan matlamat kerajaan kini adalah untuk menguruskan struktur fiskal negara dengan lebih baik terlebih dahulu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata sekiranya perbincangan berkenaan pembinaan jambatan bengkok tersebut diteruskan, kerajaan Johor perlu melakukan satu analisa kos faedah kewangan ke atas kesesuaian untuk menghidupkan semula projek berkenaan.

“Kajian sedemikian juga mesti mempertimbangkan kesan ke atas kedaulatan negara kita memandangkan kita boleh menjangkakan bahawa Singapura akan menuntut satu timbal balik yang lebih besar susulan pelaksanaan semula jambatan ini, yang sudah pastinya akan memberi kesan yang jauh lebih kritikal kepada kedaulatan negara kita,” kata beliau.

Mohamed Khaled berkata tumpuan seharusnya kepada pelebaran lebuh raya, pertambahan sekolah dan hospital besar serta inisiatif berfokus yang dapat membantu melindungi dan merancak masa depan komoditi sawit di Johor atau menyediakan jaringan keselamatan dan kebajikan sosial yang lebih pelbagai. – BERNAMA

Tags: Jambatan Bengkok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Singapura Harus Ada 3 Hingga 4 Jambatan

19/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan Singapura memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan untuk...

Johor Sokong Usaha Projek Jambatan Bengkok

02/12/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri secara dasarnya menyokong dan berusaha untuk mewujudkan kembali cadangan projek jambatan bengkok. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd