• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Singapura Harus Ada 3 Hingga 4 Jambatan

oleh
19/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan Singapura memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan untuk memudahkan aliran trafik antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, berbanding Pulau Pinang yang kini merancang untuk membina jambatan ketiga mereka ke tanah besar dalam bentuk terowong, aliran trafik di Singapura jauh lebih besar.

“Walaupun Pulau Pinang yang kurang penduduknya daripada Singapura pada mulanya menolak jambatan pertama, tetapi kemudiannya kita membina jambatan lain dan sekarang kita mahukan satu lagi terowong dan itu (hanya) Pulau Pinang dan tanah besar.

“Trafik Singapura jauh lebih besar daripada Pulau Pinang, kita hanya mempunyai satu jejambat dan jambatan, kita memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jambatan,” katanya semasa sesi soal jawab di Invest Malaysia 2019, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, republik itu bagaimanapun tidak mahu lagi jambatan untuk alasan tertentu yang beliau sendiri tidak faham.

Mengenai perjanjian air, Mahathir memberi jaminan bahawa kedua-dua negara tidak akan berperang.

“Kami orang baik, kami akan cuba berunding seperti orang beradab,” katanya.

Mengenai perkara berasingan, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya bahawa Laut China Selatan yang dipertikaikan harus tetap terbuka untuk semua kapal bahkan kapal perang untuk belayar melaluinya.

Beliau menegaskan bahawa kebebasan itu bagaimanapun tidak sepatutnya membenarkan mana-mana kapal perang untuk berlabuh secara tetap di mana-mana bahagian perairan itu kerana ia akan menimbulkan provokatif kepada negara-negara sekitar.

“Itu bukan apa yang kita mahu lihat di Laut China Selatan,” katanya.

Tags: Jambatan BengkokMahathir MohamadSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd