• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pelan Ganti Bas Perantara Di Stesen MRT

oleh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kementerian Pengangkutan tiada rancangan untuk menggantikan perkhidmatan bas perantara dengan perkhidmatan e-panggil di stesen-stesen MRT.

Menterinya Anthony Loke menyifatkan pengumuman oleh setiausaha politik Menteri Kewangan, Tony Pua mengenai perkara itu adalah sebagai pandangan peribadi beliau semata-mata.

“Bagi pihak kementerian, kami tiada rancangan untuk menghentikan perkhidmatan bas perantara itu buat masa ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Loke menambah, kementerian sedang mengkaji untuk mengintegrasikan perkidmatan itu dengan perkhidmatan bas yang lain dan berharap dapat mengeluarkan pas bulanan bagi perkhidmatan itu secepat mungkin.

Dilaporkan para pengusaha syarikat teksi tidak berpuas hati dengan pengumuman Pua yang mengatakan kerajaan sedang berunding dengan syarikat e-panggil Grab untuk menyediakan perkhidmatan kepada pengguna MRT.

Terdahulu, lebih 100 pemandu teksi berkumpul di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini bagi membantah rancangan penggantian perkhidmatan bas perantara itu.

Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd. Datuk Shamsubahrin Ismail mempersoalkan pemilihan Grab berbanding menjalinkan kerjasama dengan 45 syarikat teksi yang terdapat di Malaysia.

“Sekiranya hanya Grab diberikan, apa akan jadi dengan nasib pemandu teksi,” katanya yang juga penganjur perhimpunan itu kepada media selepas menyerahkan memo kepada wakil Kementerian Kewangan di sini.

Kumpulan pemandu teksi itu turut memberi tempoh 24 jam kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan Pua itu. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeMRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kehadirannya di Terminal Subang Skypark semalam sebagai satu penghormatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd