• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Bulan RM450 Juta? LGE Kelakar! – Najib

oleh
17/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELMARIN seluruh dunia ‘terkesima’ apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dedah konon kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuma ada RM450 juta diwarisi daripada Barisan Nasional (BN).

Namun berbekalkan jumlah sekecil itu, Setiausaha Agung DAP tersebut dengan angkuh dakwa konon pentadbiran PH mampu tunai komitmen bulanan RM9 bilion termasuk bayar gaji untuk 1.2 juta penjawat awam persekutuan.

Tersenyum dengan pendedahan paling pelik dalam dunia itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sindir Guan Eng apabila sekali lagi keluar kenyataan tidak masuk akal untuk buruk imej pemerintahan BN dahulu.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau semalam, mantan Menteri Kewangan itu bongkar angka sebenar yang cuba disorokkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut dengan hujah lengkap berfakta jauh lebih mantap.

Berikut ialah tulisan Najib:

Menteri Kewangan kita kelakar. Dia bercakap seolah-olah Kerajaan PH berhenti menerima hasil sejak 9 Mei lalu.

“Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta?”

Saya kongsikan maklumat Hasil Kerajaan 2018:

Januari RM18.9b
Februari RM11.5b
Mac RM24.0b
April RM17.6b
Mei RM20.8b
Jun RM14.1b
Julai RM21.3b
Ogos RM17.4b

Angka-angka ini tertera jelas menerusi laman Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan sendiri.

Setiap bulan Kerajaan menerima hasil cukai. Misalnya cukai GST atau kini SST, ataupun dalam slip gaji kami ada tertera potongan cukai bulanan.

Sejak bulan Mei hingga Ogos lalu, Kerajaan sepatutnya telah menerima hasil cukai sebanyak kira-kira RM74 bilion. Pada bulan Mei sahaja RM20.8 bilion.

Januari hinggga April iaitu 4 bulan pertama kerajaan terima RM72 bilion. RM2 bilion kurang daripada apa yang Kerajaan PH dapat bagi 4 bulan seterusnya Mei-Ogos.

Bagaimana “mencabar” kerja Lim Guan Eng saya tidak pasti. Ataupun duit itu “hilang”? Jika duit itu sudah hilang, maka wajarlah Lim Guan Eng disiasat. Ke mana duit itu? Saya rasa rakyat berhak tahu.

Saya setuju jika kata kerja Guan Eng lebih mencabar mulai 1 September, itu sudah tentu.

Mengapa? Kerana SST diperkenalkan menggantikan GST. Rakyat tidak merasai apa-apa manfaat tetapi Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion dan tidak dapat meneruskan banyak inisiatif atau program.

Cukuplah Guan Eng dengan sandiwara dan pembohongan mu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Lim Guan EngNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd