• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIER Semak Semula Unjuran KDNK 2018 Jadi 4.7%

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2018 kepada 4.7 peratus berbanding 5.5 peratus sebelum ini.

Pengarah Eksekutif MIER, Profesor Emeritus Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, sasaran lebih rendah itu disebabkan permintaan global yang sederhana dan terlalu bergantung kepada penggunaan swasta, dengan aktiviti pelaburan yang lemah untuk memacu pertumbuhan.

“Permintaan domestik terus memacu pertumbuhan dan dijangka berkembang kepada 5.5 peratus (tahun ini), lebih perlahan daripada 6.5 peratus pada tahun lepas,” katanya pada sidang media mengenai Unjuran Ekonomi Malaysia MIER di sini hari ini.

Ini, katanya didorong oleh pertumbuhan kukuh walaupun sederhana dalam penggunaan swasta, mengimbangi pertumbuhan sederhana dalam penggunaan awam.

“Pertumbuhan sederhana dalam penggunaan awam sebahagiannya disebabkan dasar kerajaan mengenai perbelanjaan yang berhati-hati dalam usaha untuk menangani isu hutang awam yang tinggi dan serentak dengan perolehan yang berkurangan tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” katanya.

Sementara itu, mengenai rejim cukai baharu yang akan diumumkan oleh kerajaan pada masa akan datang, katanya ia dijangka tidak akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi dari segi penggunaan awam.

“Pada pandangan saya, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan cukai tersebut tidak menjejaskan kos sara hidup.

“Saya fikir cukai itu tidak akan memberi kesan negatif kepada mereka yang berpendapatan rendah, kumpulan yang telah dibebankan dengan GST,” katanya.

Mengenai Bajet 2019, Zakariah berkata kerajaan dijangka lebih menumpukan kepada cara untuk meningkatkan produktiviti, terutamanya dalam sektor swasta, yang dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

“Bajet 2019 adalah ‘bajet penjimatan’, tetapi ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh berbelanja, hanya ia perlu memastikan sebarang peruntukan akan membawa hasil yang baik kepada ekonomi.

“Sebarang perbelanjaan diwajarkan hanya apabila ia benar-benar perlu dan membawa pulangan positif kepada pertumbuhan negara dan meningkatkan produktiviti,” katanya. – BERNAMA

Tags: KDNKMIER
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

31/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia...

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

09/08/2023
0

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd