• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kesihatan Kelantan Siap Sedia Hadapi Banjir

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU –  Jabatan Kesihatan negeri Kelantan kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir yang sering berlaku di Kelantan pada setiap hujung tahun.

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata pihaknya sentiasa berwaspada dengan bencana tersebut dan bersedia menggerakkan kakitangan di hospital dan klinik di setiap jajahan bagi menangani sebarang kes sepanjang berlakunya bencana tersebut.

“Persiapan dilakukan bukan saja di hospital tetapi juga di klinik dan pejabat kesihatan. Kami turut mengarahkan pegawai kesihatan membuat persiapan termasuk logistik, ubat-ubatan, pembekuan cuti kakitangan serta menyenarai dan mengenal pasti nama pesakit yang perlu diberikan rawatan semasa banjir.

“Dalam masa yang sama, kawasan berpotensi dinaiki air juga perlu diberi perhatian selain memantau paras air di beberapa sungai utama di negeri ini. Saya berharap banjir tahun ini tidaklah seteruk 2014,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Plak Kaseh Yayasan Kasih Kanser dan Kronik Orang Kota Bharu (YKKOKB) Lt Kol (PA) Shabki Abdullah di Klinik Penjagaan Luka Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Shabki yang juga Anggota Lembaga Pemikir POKB.

Pada majlis berkenaan, POKB menyerahkan tiga kerusi roda, dua televisyen, sebuah ‘water dispenser’ dan sebuah ketuhar gelombang mikro untuk kegunaan wad berkenaan.

Semalam, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dilaporkan berkata Kelantan dijangka akan menerima hujan lebat pada bulan November dan Disember ini iaitu 45 peratus daripada 2,700 milimeter purata taburan hujan tahunan untuk tiga bulan terakhir tahun ini.

Beliau turut dipetik sebagai berkata bagaimanapun keadaan itu dijangka tidak mengakibatkan banjir besar seperti yang berlaku pada 2014. – BERNAMA

Tags: BanjirJabatan Kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd