• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dedah ‘Macai’ LGE Kata SST Turun Harga Barang

oleh
16/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Datuk Seri Najib Tun Razak sahut cabaran Lim Guan Eng dengan beri bukti Setiausaha Politik menteri itu sendiri, Tony Pua pernah kata, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) boleh turun harga barang.

Bukti yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, itu susulan permintaan Menteri Kewangan tersebut semalam yang meminta pembangkang tampil bahawa beliau pernah berkata SST konon mampu menurunkan harga barangan.

“Saya belek berita lama terjumpa ini. Hebat juga strategi komunikasi mereka. Lain orang lain cerita. Setiausaha Politik dan ‘macai’ Lim Guan Eng (bukan saya kata tapi dia sendiri kata) pernah kata SST akan turun harga barang.

“Apa cerita sekarang ini?” tanya Najib secara nada sindiran kepada Guan Eng yang cuba berdolak-dalik mengenai isu SST menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook milik beliau hari ini.

Setiausaha Agung DAP tersebut dalam angkuh di Dewan Rakyat semalam mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa konon tiada jaminan harga barangan akan turun selepas pelaksanaan SST.

Susulan itu, Guan Eng tanpa segan silu mencabar mana-mana pihak untuk menunjukkan bukti sekiranya beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa harga barang konon akan turun selepas pelaksanaan SST.

“Lim Guan Eng berani pula tanya sejak bila dia ada kata SST akan turunkan harga barangan. Dia siap cabar untuk tunjukkan bukti.

“Kadang-kadang kenyataan-kenyataan yang YB-YB Kerajaan keluarkan sekarang ini, saya rasa macam saya perlu periksa balik pendengaran saya, betulkah mereka cakap begitu?” kata Najib.

Mengulas lanjut, Najib mendakwa hidup rakyat semakin susah dengan SST. Beliau turut bertanya, sama ada rakyat mendapat manfaat melalui penggantian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) balik semula kepada SST.

Najib malah berkata, kerajaan hari ini tidak mempunyai kutipan hasil yang cukup untuk membantu rakyat dan beliau turut risau dengan cukai baharu yang akan diperkenalkan kerajaan yang akan membebankan rakyat.

“Dalam semua ini, yang kita dapat lihat ialah begitu selesa pemimpin Kerajaan PH hari ini di pejabat mereka, ke hulu ke hilir dan menikmati pelbagai kemudahan. Melupakan rakyat, sebagaimana manifesto mereka,” ujar Najib.

Tags: Lim Guan EngNajib Tun RazakSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd