• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamie Dornan: Isteri Saya Mungkin Takkan Tengok 50 Shades Of Grey

oleh AK-47
16/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON utama filem separa lucah, Jamie Dornan mengatakan berkemungkinan besar isterinya, pelakon British, Amelia Warner tidak akan langsung mahu menonton filem lakonannya itu di samping aktres Dakota Johnson.

Filem yang telah diharamkan tayangannya di kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia, memaparkan watak utama, Christian Grey yang mendambakan aksi seksual luar biasa ketika bersama kekasihnya, seorang penuntut kesusasteraan English, Ana Stelle.

50 Shades of Grey merupakan karya adaptasi daripada novel berjudul sama yang ditulis oleh E.L. James.

“Isteri saya masih belum lagi menonton filem tersebut dan sejujurnya saya tidak rasa dia mahu menonton filem itu,” katanya memetik laporan People.com.

Selain itu, Jamie, 33, turut berkongsi pengalamannya melakonkan babak seks dengan heroin filem itu, yang mana dia berasa bertanggungjawab untuk melindungi Dakota sebaik sahaja mereka selesai melakonkan babak-babak aksi panas dalam filem arahan pengarah wanita, Sam Taylor Johnson.

“Saya akan berasa diri saya seorang yang sangat teruk sekiranya terus meninggalkannya (Dakota) dalam keadaan berbogel sebaik pengarah cakap ‘cut’. Saya bukan orang yang macam tu.

“Sebaliknya saya akan melindunginya dengan memberikan gaun terlebih dahulu selain memastikan semua krew penggambaran berada dalam jarak yang agak jauh supaya Dakota berada selesa berada dalam situasi sedemikian,” katanya.

Filem ini sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat sejak 9 Februari dan di kebanyakan negara lain bermula 12 Februari lalu. – MYNEWSHUB.CC

grey1

grey

grey2

grey3

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: FILEMhollywoodselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd