• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pintu Sempadan Jordan Dengan Syria Dibuka Semula

oleh Ahmad Albab
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LINTASAN SEMPADAN JABER – Jordan membuka semula pintu sempadan utama dengan negara bergolak, Syria semalam selepas menutupnya selama tiga tahun, lapor wartawan agensi berita AFP.

Pintu pagar besi berwarna hitam itu dibuka di sebelah Jordan pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) dengan lebih 12 anggota polis dan kastam berada di lokasi tersebut.

Kereta-kereta dengan nombor pendaftaran Jordan beratur untuk memasuki Syria, manakala perantau-perantau meluahkan perasaan gembira kerana dapat kembali merentasi sempadan ke Syria.

Ahli perniagaan Syria, Hisham Falyoun yang tinggal di Jordan bersama isteri dan anaknya merupakan orang pertama melintasi pintu sempadan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda jenama Mercedes berwarna hitam.

“Saya sangat gembira. Saya tidak mampu meluahkan perasaan saya. Lintasan ini sepatutnya dibuka le­bih awal kerana ia merupakan laluan yang amat penting untuk semua negara Arab, bukan sahaja terhad kepada Jordan dan Syria,” katanya.

“Saya mahu menjadi orang pertama melintasi sempadan bagi membuktikan Syria selamat, Syria telah kembali,” kata Hisham yang mahu membuat kejutan kepada ibu bapanya di Damsyik.

Pemandu teksi Jordan, Imad Sariheen pula menyifatkan pembukaan semula sempadan Jaber itu sebagai ‘punca kegembiraan untuk kami semua’ kerana ia dapat membantu meringankan kesusahan ekonomi yang ditanggung rakyat Jordan semasa penutupannya.

“Keadaan kami menjadi teruk sejak beberapa tahun lalu. Kerja kami terhenti akibat penutupan sempadan antara Jordan dan Syria,” tambahnya.

Lintasan sempadan itu yang dikenali sebagai Jaber di sebelah Jordan dan Nassib di sebelah Syria, merupakan laluan perdagangan utama sebelum Amman menutupnya selepas pos berkenaan dikuasai oleh pemberontak Syria pada April 2015.

Pembukaan semula pintu sempadan itu dilakukan selepas tentera kerajaan Syria mengambil alih lintasan tersebut pada Julai lalu menerusi satu perjanjian dengan pejuang pemberontak yang diaturkan oleh Moscow.

Perdagangan rentas sempadan antara Jordan dan Syria pada tahun 2010 adalah bernilai AS$615 juta (RM2.5 bilion). Perang saudara di Syria tercetus pada 2011. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: JordanSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keadaan Di Jordan Tenang, Selamat Dan Stabil – Kedutaan

Keadaan Di Jordan Tenang, Selamat Dan Stabil – Kedutaan

02/07/2025
0

SHAH ALAM - Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan memaklumkan keadaan semasa di Jordan tenang, selamat dan stabil. Menurutnya, sejak...

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd