• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penetapan Warna Stoking Masih Dibincang – Maszlee

oleh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penetapan warna stoking pelajar sekolah akan diputuskan selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Kementerian akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya selepas mencapai persetujuan bersama dengan pihak yang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera Datuk Ameer Ali Mydin semalam yang mahu kementerian memberi penjelasan sama ada warna stoking putih oleh pelajar sekolah terlibat akan turut ditukar kepada warna hitam selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam kelak.

Sabtu lepas, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pelaksa­naan pemakaian kasut hitam di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2021.

Sementara itu, mengenai lawatannya ke PPUM, Maszlee berkata kualiti perkhidmatan perubatan PPUM kepada masyarakat adalah baik dan ia tidak menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar di hospital pengajar universiti (HPU).

“Hari ini, saya turun padang dan melawat PPUM dan bertanya sendiri kepada doktor mengenai operasi harian hospital itu dan melihat sendiri bagaimana HPU ini beroperasi serta melihat perkhidmatan diberikan kepada orang ramai di beberapa jabatan di PPUM ini.

“PPUM menawarkan perkhidmatan setaraf dengan hospital swasta namun ia diketahui umum. Peranan HPU adalah untuk melatih para doktor yang baharu, ramai juga doktor dari hospital kerajaan menerima latihan di PPUM,” katanya.

Maszlee berkata beliau akan melawat HPU di hospital-hospital lain selepas ini untuk mendapat maklumat mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar HPU. – BERNAMA

Tags: Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd