IPOH — Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian kekal 29 orang daripada sembilan keluarga setakat pukul 9 malam ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kerian, kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman, Bagan Serai sejak petang semalam (Ahad).
Mereka adalah mangsa dari tiga buah kampung – Parit Mat Keling, Parit Ali Kalang dan Parit Air Hitam 3.
“Paras air banjir di lokasi kejadian masih tiada penurunan dan ketinggian antara 0.5 hingga 1 meter.
“Banjir di Kerian masih belum surut berpunca daripada hujan yang turun lebat,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

