• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICA Tahan Pemandu Bas Malaysia Cuba Seludup Keluar Warga India

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) menahan seorang pemandu bas warga Malaysia kerana cuba menyeludup keluar seorang lelaki yang bersembunyi di bahagian bagasi bas yang dipandunya.

Dalam kenyataannya hari ini, ICA berkata lelaki berusia 37 tahun tersebut ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas kira-kira 9.20 malam semalam.

Semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bas bernombor pendaftaran Malaysia, pegawai ICA mendapati pemandu itu berada dalam keadaan gelisah sekali gus menimbulkan kecurigaan pegawai yang bertindak menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan menemui seorang lelaki bersembunyi di dalam bahagian bagasi.

ICA berkata siasatan awal mendapati ‘penumpang haram’ tersebut adalah warga India berusia 25 tahun yang dijadualkan untuk dihadapkan ke mahkamah.

Siasatan juga mendapati pemandu itu dijanjikan bayaran S$700 oleh seorang ejen yang tidak dikenali jika dia berjaya menyeludup lelaki warga India tersebut keluar dari Singapura.

Menurut kenyataan itu, pemandu dan warga India berkenaan akan didakwa esok menurut Akta Imigresen yang memperuntukkan denda sehingga S$2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

ICA berkata agensi itu memandang serius kesalahan sedemikian.

“Sempadan kami merupakan barisan pertahanan pertama kami dalam menjaga keselamatan Singapura,” demikian menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: ICApemandu bas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd