• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Parlimen Diisytihar Kawasan Larangan Merokok

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mulai hari ini, sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen diisytihar sebagai kawasan larangan merokok, umum Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan secara serius mengikut peraturan bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.

“Bagi perokok, mereka perlu merokok di luar bangunan Parlimen itu kerana di dalam bangunan Parlimen tiada lagi kawasan untuk merokok,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bulan Oktober Kementerian Kesihatan 2018 di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jan 2019.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata kementeriannya menjangka dapat mengekalkan peruntukan sejumlah RM27 bilion iaitu sembilan peratus daripada keseluruhan Bajet 2019.

Beliau berkata pihaknya telah membentangkan keperluan vaksin pneumokokal diletakkan sebagai ‘permintaan khas’ dalam Bajet 2019 seperti termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Walaupun peruntukan itu masih ditahap yang rendah dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Bank Dunia untuk sesebuah Kementerian Kesihatan, pihaknya memahami kekangan kewangan yang dialami negara ini,” katanya.

Sehubungan itu Dr Dzulkefly berkata kementerian telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah Islam yang berpotensi menambah pendapatan kementerian dalam mengendalikan keperluan yang kritikal.

“Perkara ini tidak rahsia lagi, saya telah membentangkan inisiatif pelaburan itu dan kaedah mendapat peruntukan tambahan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Dr Mahathir meminta kami (Kementerian Kesihatan) menyatakan cadangan tersebut kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Kementerian Kewangan,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Larangan MerokokParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd