• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Cedera Bas Rempuh Lori Di Lipis

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sembilan termasuk dua kanak-kanak cedera apabila bas yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Lipis-Padang Tengku, Lipis, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.36 malam sebelum sembilan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah bas milik University Of Malaya-Wales yang menghala ke Kuala Lipis telah melanggar bahagian belakang sebuah lori pada arah yang sama.

“Seorang mangsa lelaki telah tercucuk besi di bahagian bahu sebelah kirinya, sebelum besi itu akhirnya berjaya dipotong dan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Turut tercedera ialah enam wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dan mereka juga telah dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Nor Hisham berkata, 40 orang penumpang bas tersebut serta pemandu treler selamat tanpa sebarang kecederaan.

Bagaimanapun butiran mengenai mangsa dan maklumat lain berkaitan kemalangan tersebut masih gagal diperolehi. – BERNAMA

Tags: cedera parahkemalangan bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konstabel Parah Ditikam Dalam Operasi Dadah

Konstabel Parah Ditikam Dalam Operasi Dadah

10/07/2023
0

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis cedera parah ditikam di bahagian rusuk belakang sebelah kiri oleh seorang lelaki ketika menjalankan Op...

Lelaki Dipenjara Sebulan, Anjing Peliharaan Sebabkan Wanita Parah

Lelaki Dipenjara Sebulan, Anjing Peliharaan Sebabkan Wanita Parah

20/04/2023
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melepaskan seekor anjing peliharaannya jenis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd