• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Palestin Maut Dibaling Batu Penduduk Israel

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Seorang wanita Palestin maut selepas penduduk Israel bertindak membaling batu ke arah keretanya berdekatan pe­nempatan haram Israel di wilayah yang diduduki, Tebing Barat.

Lapor portal al-Jazeera, wanita berkenaan, Aisha Al-Rawbi, 47, disahkan meninggal dunia ekoran kecede­raan kepala susulan insiden terbabit.

Beribu-ribu penduduk Palestin menghadiri majlis pengebumiannya semalam di kampung Biddya, Tebing Barat.

Suaminya, Aykube al-Rawbi, 52, yang turut bersama-sama mangsa ketika kejadian berkata, ken­deraan mereka dibaling batu ketika melalui penempatan haram Israel berdekatan Nablus, bahagian utara Tebing Barat.

“Batu-batu itu datang dari arah penempatan haram Israel. Saya boleh dengar mereka bercakap ba­hasa Hebrew tetapi saya tidak melihat kelibat mereka,” kata Aykube kepada Reuters.

Kerajaan dan media Palestin menyalahkan penduduk Israel ber­hubung kematian Aisha.

Menurut Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu kenya­taan dikeluarkan, penduduk Israel telah melakukan jenayah kejam yang tidak boleh diabaikan dan perlu dikenakan hukuman.

Selain itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Palestin mahu Israel bertanggungjawab ke atas kematian Aisha selain menggesa komuniti antarabangsa untuk mempercepatkan perlindungan ke atas penduduk Palestin.

Dalam pada itu, jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut.

Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan batu-bata yang mempunyai kesan darah berada di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta terbabit. – www.utusan.com.m

Tags: IsraelWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd